Wednesday, 20 February 2013
Ana Tersayang
Ana.. ana.. ana... selalu ku igaukan dalam tidurku. Masih ku ingat permulaan perkenalan kami di laman messenger (msn) 3 bulan yang lalu. Selama 1 minggu aku dan dia berhubung dalam msn aku pun decide kan jumpa awalnya ia tolak akupun mengalah takpe masa masih panjang aku kan try lain kali. Selang 3 minggu aku decide kan jumpa lagi dia pun setuju, aku bukan apa aku ingin lebih mengenalinya sahaja. Wah aku gembira sekali inilah kali pertama aku bersua muka dengannya. Aku tak rasa gentar kerna niatku hanya untuk mencari kawan walaupun aku tidak tahu bagaimana rupanya. Lampuh kah?jerawatkah?hitamkah?aku tak peduli semua itu yang penting aku iklas tak memilih kawan.
Aku memakai baju t-shirt hijau menunggu 15min awal diperkarangan masjid jame. Aku hairan kenapalah dia pilih nak jumpa disini takde tempat lainkah?Dia kata akan menemui aku ditempat letak kereta. Tunggu punya tunggu aku pun nampak ada dua orang perempuan menghampiri aku, dua-dua sama lawa dan manis bertudung. Salah seorang menghampiri aku dan memberi salam. Inilah titik permulaan cinta ku pada Ana. Orangnya baik, cantik dan solehah. Kalau kami berjumpa mesti ada saudaranya jua katanya untuk mengelakkan fitnah berdua-duaan. Pernah jua dia berkata padaku katanya kalau berdua akan datang orang ketiga iaitu syaitan. So aku paham kalau ku bawa Ana berjalan saudaranya tak kan pernah tinggal. Aku makin jatuh cinta dengan perwatakkannya yang bagi ku lain daripada yang lain.
Kini 3 bulan sudah hubungan kami alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Semasa aku sedang mencuci kereta ada kawanku yang juga selaku jiranku datang kepadaku. “mat, masih kau sama Ana kah?” katanya. “au.. napa?”jawabku. “oww, minggu lapas aku ma Amin jalan di-Mall kalinya kami nampak macam si-Ana mu jalan tapinya inda bertudung sama laki-laki lagi” terangnya bersungguh-sungguh. Pekerjaan mencuci ku pun terhenti apabila mendengar cerita Adam. “Inda bertudung?mustahil. Ana kalau kemana-mana bertudung ia. Jangan tah menbuat cerita ani dam inda baik” kataku masih mampu menahan marah. “ aku bukan apa mat, kau to kawanku. If kau inda percaya tanya saja Amin. Bah balik ku dulu” aku melihat Adam balik dengan perasaan bersalah. Aku pun capai handphone dan mendail no Amin. Aku ingin tahu keseluruhan cerita.
Sudah 2 hari aku tidak menghubungi Ana kekasihku, sudah beratus dan berpuluh message yang Ana hantar tetapi hatiku masih berkeras tidak mahu membalas. Aku malar termenung sampai keluargaku pun ikut bimbang. Aku masih teringat cakap Amin padaku. “ kau ni mat entah-entah dapan-dapanmu ganya alim belakang-belakang mana kau tau”. Aku inda tahu kan buat apa lagi. Petang itu Adam datang kerumahku dan mengajak ku berjalan bagi menghilangkan kesedihanku. Kami tiba di-Mall pukul 5 petang. Semasa berjalan aku lihat ramai bini-bini yang melirik kearah kami, aku dan Adam bulih dikatakan hensem jualah. Masa sekolah menengah dulu aku dan Adam kerap menjadi rebutan disekolah. Walaupun ramai yang melirik dan menantang aku tetapi sorry lah hati ku untuk Ana saja.
Semasa aku tengah siuk melihat barang mataku tertancap kepada sepasang kekasih yang melintasiku. Saat itu hatiku luluh hanya tuhan yang tahu. Didepan mataku aku melihat Ana berpegang tangan sama lelaki lain tanpa menoleh sedikit pun. Ku rasa kan menangis tetapi airmata tidak keluar. Adam memegang badanku apabila aku ingin menjumpai Ana. Biar ku buktikan kecurangannya tetapi Adam melarangku kerana ramai orang buat malu saja. Aku pantang apabila kekasihku berjalan sama lelaki lain. Banarlah kata Amin bahawa Ana yang ku kenali hanya bersandirawa sahaja. Dapan-dapanku alim tapi belakangku perangainya tak ubah setan. Rambut colour merah, baju seksi dan ketat berlainan apabila bersamaku dia memakai tudung dan baju besar menutup aurat. Aku rasa tertipu olehnya. 'Aku benci kau Ana, Aku BENCI!!!!' detik hatiku.
Setelah kejadian diMall itu aku pun buat keputusan untuk memutuskan perhubungan. Aku bukan lelaki lemah yang sanggup dicurangi. Aku capai handphone dan menelepon Ana. Seperti biasa dia memberi salam padaku.
Ana: Assalammualaikum..
Aku: inda payah tunjuk baik lagi, tahu ku udah kau cana. Aku benci kau!
Ana: kenapa ni mat? Kalau ada masalah selesaikan bisai-bisai.
Aku: inda ku tahu lagi, mulai saat ani aku putuskan kau. Puas!!
Aku tutup handphone kerana tidak sanggup mendengar suaranya tibi-tiba satu message datang. 'Assalammualiakum mat, aku inda tahu apa salahku kau putuskan aku. Mungkin ada hikmah semua ani. Mungkin tani inda berjodoh. Aku terima dengan iklas dan aku gembira mengenalimu selama 3 bulan. Aku minta maaf kalau ada menyakiti hatimu. Jaga diri baik-baik.' Dengan perasaan marah handphone aku umban. Aku benci sangat dengan bini-bini yang curang. Ini sudah kali keberapa ku kana curangi. Aku mencintai Ana dengan tulus hatiku kenapa dibalasinya dengan kecurangan.
“Assalammualaikum mat” aku disapa semasa aku sedang makan dengan Adam di restaurant. “ Wassalam, eh kau Rina.. duduklah” masih aku ingat Rina ialah saudara Ana yang kerap bersama tika aku berjalan bersama Ana. Kini 2 bulan sudah sejak aku memutuskan hubungan dengan Ana. Kami banyak berbual mengenai hidup masing-masing dan yang penting pasal Ana. Setelah Rina pergi aku dihantui rasa bersalah. Rupa-rupanya Ana tidak pernah curang. Baru aku tahu rupanya Ana mempunyai kembar seiras dan yang ku lihat masa diMall itu ialah kembarnya. Kalau Rina tidak bercerita mungkin aku tidak tahu yang sebenarnya. Aku terlalu mengikut perasaan kenapalah aku tidak bertanya kepada Ana dahulu dan terus memutuskannya. Adam pun terkejut tidak sangka orang yang dilihatnya ialah kembar Ana. “ Bulan depan Ana ditunangkan dengan pilihan keluarganya” kata rina masih segar diingatanku. Ya Allah apa perlu aku buat aku terlalu mencintainya kerana kebodohanku aku telah kehilangannya. Aku merasa sangat menyesal..
Moral cerita :
sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tidak berguna.
Sebelum buat keputusan tanya dahulu cerita banarnya
jangan mudah terpengaruh cakap kawan. Sapa yang rugi?
Jangan terlalu ikut perasaan
ringankan mulut banyak bertanya.
Jangan buat keputusan tanpa bukti
p/s : ithis is my own article. not copycat okey :D writing for fun and untuk kpuasan sendiri.
ADAT MELAYU
Sumber/credit : To my Pensyarah Malay department :)
ADAT MELAYU
Adat berasal dari perkataan bahasa Arab bererti :
- Peraturan yang lazim dipakai sejak dahulukala, hukum lembaga, seperti Adat Jelebu dan Adat Rembau.
- Cara yang sudah menjadi kebiasaan, sifat kebiasaan, seperti Adat Air Cair, Adat Api Panas.
- Setelah kedatangan Islam lebih 700 tahun yang lalu amalan-amalan tertentu di dalam kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama, mana-mana amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam telah ditinggalkan serta tidak diamalkan lagi. Amalan ini juga dipanggil sebagai adat.
- Pepatah Melayu “Biar mati anak, jangan mati adat”, merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat Melayu.
- Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada pelaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual.
- Berikut adalah beberapa rentetan adat resam Melayu yang pernah diamalkan dan ada yang masih diamalkan hingga ke hari ini:
- Melenggang Perut
- Menyambut Kelahiran
- Bercukur Jambul
- Bersunat
- Bertindik
- Berkhatam Al-Quran
- Menilik atau merisik
- Meminang dan bertunang
- Menghantar Belanja dan Akad Nikah
- Berinai di Pelamin
- Bersanding
- Sambut-menyambut (Bertandang)
- Bersalin
- Berpantang Empat Puluh Empat Hari
- Mandi Selepas pantang
- Kematian
Melenggang Perut
- Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
- Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.
- Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
Menyambut Kelahiran
- Kelahiran bayi akan disambut dalam suasana yang penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seisi keluarga. Selepas dibersihkan oleh bidan, sekiranya bayi tersebut lelaki, si bapa atau datuknya akan mengazankan di telinga kanannya, manakala bagi anak perempuan akan diiqamatkan di telinga kirinya. Ini adalah ritual yang pertama sekali dilakukan ketika menyambut kehadiran satu lagi insan di dalam dunia ini yang dilahirkan dalam adat Melayu.
- Kemudian, tali pusat akan dipotong bagi memisahkannya dari alam yang gelap di perut ibu ke alam baru yang menantinya. Menurut sesetengah kepercayaan, bayi dikatakan menangis ketika dilahirkan kerana terkejut melihat keadaan alam yang penuh dosa. Ada pula yang mengatakan bayi tersebut ditakut-takutkan oleh hantu syaitan, dan tidak kurang juga ada yang mengatakan bayi tersebut menangis kerana takut dengan beban yang bakal dipikulnya dalam kehidupan kelak.
- Setelah selesai dimandikan, si bapa akan berperanan menanam uri bayi seperti upacara pengkebumian jenazah. Ini kerana uri dianggap sebagai saudara kembar dan teman bayi sewaktu di dalam perut ibu. Ia perlu ditanam dengan sempurna supaya tidak datang mengganggu bayi.
- Di antara pantang larang menanam uri ialah uri tidak boleh ditanam di luar rumah kerana dipercayai anak tersebut apabila dewasa akan sukar dikawal perlakuannya. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan oleh pihak tertentu yang ingin menjalankan upacara perbomohan atau pemujaan.
- Kesemua adat dan upacara menerima kehadiran orang baru ini termasuk dalam salah satu jenis ritual iaitu dinamakan Rites of Initiation.
Bercukur Jambul
- Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
- Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan.
- Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih. Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.
Alatan Potong Jambul |
Upacara Potong Jambul |
Bersunat
- Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan.
- Adat ini akan dijalankan oleh bidan.
- Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun.
- Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim.
- Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan.
Kanak-kanak mandi untuk berkhatan |
Bertindik
- Adat resam bertindik dahulunya dilakukan dengan mengadakan kenduri kendara di mana tukang tindik cuma perlu menebuk kedua-dua cuping telinga anak perempuan yang berumur antara lima hingga sepuluh tahun dengan menggunakan sejenis daun.
- Adat bertindik ini sebenarnya dilakukan untuk meraikan anak perempuan yang dianggap akan meningkat remaja bagi mendidik mereka agar pandai berhias apabila meningkat dewasa kelak.
Berkhatam Al-Quran
- Dalam masyarakat Melayu, ilmu pengajian Al-Quran adalah amat ditekankan dalam kehidupan seharian. Anak-anak telah dididik dan diasuh untuk membaca Al-Quran semenjak kecil lagi.
- Bagi masyarakat Melayu zaman dahulu, mereka menghantar anak mereka untuk mempelajari Al-Quran di pondok-pondok agama atau di madrasah.
- Di sana , terdapat seorang guru agama yang akan mengajar anak-anak mereka membaca Al-Quran sehingga tamat. Bagi zaman kini, konsep yang sama masih digunakan, yang berbeza cuma cara ia dijalankan.
- Tidak kira bagaimanapun caranya, yang pasti, setelah tamat menghabiskan pengajian membaca Al-Quran atau dalam bahasa Arab dipanggil Khatam Al-Quran, satu kenduri kesyukuran akan dijalankan oleh ibu bapa dan kenduri ini akan dihadiri oleh semua ahli keluarga dan penduduk setempat.
Menilik atau merisik
- Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya.
- Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.
- Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.
- Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Meminang dan bertunang
- Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan.
- Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki.
- Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula.
- Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.
- Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan.
- Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.
- Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.
Menghantar Belanja dan Akad Nikah
- Mengikut adat resam, menghantar belanja biasanya dijalankan terlebih dahulu dan berasingan dengan upacara akad nikah, tetapi pada zaman sekarang, menghantar belanja selalu dijalankan bersama dengan akad nikah dengan tujuan menjimatkan masa dan perbelanjaan.
- Di antara barang-barang yang termasuk dalam kategori wajib bagi melengkapkan sesuatu hantaran adalah seperti berikut :
Sebentuk cincin permata berbatu intan atau berlian yang diletakkan di dalam cembul atau kotak perak.
- 2 pasang kain dan sehelai baju dari jenis yang cukup baik dan berkualiti, dilipat di dalam talam perak atau tembaga putih bertudung.
- Beberapa jenis kuih juadah, yang setiap satunya diletak di dalam sebuah pinggan besar bertudung dan dihias beralaskan talam.
- Beberapa jenis buah-buahan yang segar disusun di dalam bekas atau talam ditudung.
- Tepak sirih atau puan perak atau tembaga putih yang diisi lengkap.
- Satu atau dua perecik atau perenjis air mawar dan dua kaki dian atau lilin.
- Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan.
- Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Berinai di Pelamin
- Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.
- Berinai curi � diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.
- Berinai kecil � diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.
- Berinai besar � diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.
Bersanding
- Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari.
Sambut-menyambut (Bertandang)
- Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang.
- Majlis perkahwinan akan diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah pengantin perempuan.
- Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa mengadakan majlis persandingan.
Bersalin
BENGKUNG/BARUT |
- Setelah kandungan genap bilangan bulan dan harinya iaitu sembilan bulan sembilan hari pada perkiraan orang tua-tua zaman dahulu, dan saat untuk melahirkan pun sudah hampir maka segala kelengkapan seperti beras, kelapa dan damar, akan disediakan sama seperti ketika upacara melenggang perut dijalankan.
- Setelah selesai bersalin, beras, damar dan kelapa semuanya akan diberikan kepada tok bidan di samping wang sebanyak $5.00 jika anak sulung, $3.25 jika anak yang kedua, manakala anak yang ketiga bayarannya sama seperti anak sulung dan begitulah seterusnya.
Berpantang Empat Puluh Empat Hari
- Selama empat puluh empat hari, dikira dari hari pertama bersalin, adalah diadatkan kepada ibu tersebut untung menjalani pantang. Ini bererti ibu tersebut ditegah daripada makan sebarangan mengikut kehendaknya atau membuat apa-apa jua kerja rumahtangga, walaupun bangun berjalan meninggalkan tempat tidurnya.
- Namun begitu, bagi masyarakat sekarang, bersalin di hospital adalah lebih selamat dan mudah. Walaubagaimanapun, pantang larang selepas bersalin akan tetap diamalkan dalam masyarakat Melayu untuk menjamin kesihatan ibu tersebut.
Mandi Selepas Pantang
- Selepas tamat tempoh berpantang, iaitu selepas empat puluh empat hari, maka pada hari yang keempat puluh lima akan diadakan kenduri kecil di antara ahli keluarga. Ibu tersebut akan dimandikan dengan air sintok limau serta dilangirkan sebagai syarat melepaskan pantang.
Kematian
Keranda dan Mayat Dalam Liang Lahat |
- Dalam masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara sesama Islam adalah fardu kifayah.
- Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam, saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu.
- Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada.
- Orang yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.
- Dari zaman-berzaman hingga ke sekarang ini telah dijadikan adat resam Melayu mengadakan kenduri arwah, pada hari-hari ketiga, ketujuh, keempat belas, keempat puluh dan keseratus kemudian selepas hari mati itu dan kadang kala setiap tahun mengadakan kenduri arwah sebagai tanda memperingati si mati sambil mensedekahkan doa-doa yang merupakan rezeki atau makanan mereka di hari akhirat.
- Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia.
* nota seterusnya ialah mengenai BAHASA DAN BUDAYA.
Tuesday, 19 February 2013
Rambutku macam pontianak
Aku berjalan dan terus berjalan di kegelapan malam, aku sudah terpisah dengan kawan-kawanku yang lain. Jalan nya aku tidak berapa pasti kerna baru pertama kali aku mejejaki tempat ini. Aku mencari kawan-kawanku yang lain mungkin mereka juga sedang mencariku. Berbekalkan lampu picit aku meredah semak samun, kerap kali aku terjatuh kerana jalannya licin. Aku sudah tidak sanggup lagi badanku habis digigit nyamuk. Suasana malam membuatkan tempat ini seram semacam. Aku mendengar bunyi cengkerik yang bising memecah kesunyian malam.
Aku berehat disebatang pokok dan tertidur. Aku terbangun apabila terdengar suara memanggil namaku. Suaranya mendayu- dayu di kegelapan malam. 'syaa.. syaa... syaa...'. Aku kuatkan hatiku dan sempat membaca surah-surah yang ku hapal. Aku berlari disemak samun aku berteriak apabila terasa rambut panjang ku ditarik-tarik. Aku teringat kata-kata kawanku bahawa rambut panjangku seumpama rambut pontibaby. Aku bertambah takut dan seram suara yang memangil namaku terus mendayu-dayu.
Semasa aku tengak syok berlari aku terlanggar kayu lalu terumban ketanah. Badanku sakit semua tetapi ku gagahku untuk berdiri tetapi tidak dapat. Aku terasa rambut ku sedang depermain oleh sesuatu benda. Ya Allah takutnya tuhan saja yang tahu. Aku membatukan diri kerna ketakutan yang amat sangat, badanku seperti dihempap oleh sesuatu yang berat dan menyukarkan ku untuk berdiri. Rambutku ditarik-tarik oleh tangan yang kasar dan seperti kana potong rambutku. Aku hanya mampu berdoa supaya diriku tidak diapa-apakan.
“Ya Allah anak bertuah!!!sakit badan kaka syaa mu to ko himpit a'”kata mamaku. Aku terbangun dengan posisi tidurku meniarap. Ya Allah kenapa rambut ku ani, kau gunting??mari kau..”kataku dengan nada marah dan sedikit baibun. Rupa-rupanya aku bermimpi atu ada banarnya kerana semasa ku tidur anak buah ku yang berumur 3 tahun menghimpit aku dan menarik rambutku supaya aku bangun dari tidur. Dia juga turut mengunting rambutku dengan gunting. “yatah tu sapa suruh tidur time patang,rasakan tia rambut kana gunting”kata mamaku.
* this is my own article. no copycat okey :D . Tapi Article ani pernah ku share and publish tempat blog STENCIL because aku pernah tulis beberapa article disana.
ADAT ISTIADAT MELAYU BRUNEI
Assalamualaikum..
Tanpa membuang masa aku nak share apa yang pensyarah aku ajar. Nota pertama yang aku nak share ialah mengenai ADAT ISTIADAT MELAYU BRUNEI.
Sumber: Nota Pensyarah 99% dan myself 1% hehehe ... :D
Pengertian istiadat ialah :
Adat kebiasaan, resam atau Upacara.
Dan dari kamus Dewan (M.S 7 : 2002) :
Adat Istiadat ialah berbagai-bagai Adat dan kebiasaan yang dituruti.
PENGERTIAN ADAT ISTIADAT :
Menurut Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan semasa bersabda dalam Kursus Wazir-wazir, Ceteria-ceteria, dan Manteri-manteri termasuk Menteri Pendalaman pada 22hb.Jun.1968 bahawa Adat atau Adat Istiadat atau Dalam Majlis Beristiadat sebagai indah laila iaitu kata misalan orang tua-tua kita dahulu adalah mengandung adab.
PENGERTIAN ADAT ISTIADAT:
Peraturan-peraturan hidup yang lazim dipakai sejak dahulu kala yang mengandungi adab.
FUNGSI ADAT ISTIADAT
Fungsi Adat Istiadat dalam pembangunan budaya bangsa itu adalah perkara yang utama dalam apa jua pergerakan budaya bangsa.
Adat Istiadat itu mempunyai peranan yang penting dan menjadi pengawal budaya bangsa.
FUNGSI ADAT ISTIADAT
FUNGSI ADAT ISTIADAT
Keseluruhan yang bercorak susunan-susunan yang berkait-kaitan dengan ilmu pengetahuan, kebudayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang dan lain-lain kebiasaan yang diamalkan, yang mana dilingkungi oleh kesanggupan dan keupayaan atau peraturan-peraturan yang mengawal kebaikan dan keburukan masyarakatnya yang tidak terkeluar dari dua unsur yang besar iaitu kemelayuan dan keagamaan.
KEPENTINGAN ADAT ISTIADAT :
Adat adalah sebagai satu cara hidup yang lengkap, baik apa jua tindak-tanduk kita lakukan hendaklah berlandaskan adat.
Sebagai contoh, Adat Istiadat Diraja berperanan penting sebagai adat negara sebagai mendukung falsafah Melayu Islam Beraja.
DASAR-DASAR PENENTUAN ADAT
Hendaklah disesuaikan dengan kemampuan dan keadaan ekonomi.
Tiap-tiap majlis atau keramaian yang dianjurkan oleh kerajaan hendaklah disusun menurut Adat dengan bersendikan agama.
ADAT YANG KITA WARISI
Setiap puak di negara kita ini mempunyai adat mereka masing-masing. Setiap puak memegang dan menghormati adat yang mereka warisi dari keturunan-keturunan mereka.
Misalnya terdapat adat Dusun, adat Belait, adat Melayu, adat Murut dan sebagainya.
Adat-adat yang terdapat dari berbagai-bagai puak itu pula mengandungi beraneka ragam seperti adat kahwin, adat beranak(bersalin), adat menyambut hari keramaian perayaan, adat kematian dan lain-lain lagi.
Amalan adat yang puak-puak pakai dan hormati ternyata diwarisi dari asal usul puak itu sendiri sama ada original ataupun yang telah dicampuradukkan dan juga dari kepercayaan (Agama) yang mereka anuti.
Tetapi yang lebih menarik perhatian bahawa adat-adat yang dipakai, diamal dan dihormati oleh berbagai-bagai puak itu banyak mirip kepada apa yang mereka percayai atau dengan jelas kita katakan pengaruh agama adalah memainkan peranan yang paling utama dalam mengolah dan menyusun adat.
Dalam adat orang Melayu peranan agama atau pengaruh keimanan amat jelas mempengaruhi dengan mendalam proses peruntukan dan penyusunan serta pelaksanaannya.
PUAK MELAYU BRUNEI
Adat ‘berambil-ambilan’ diamalkan oleh puak Melayu Brunei.
PUAK KEDAYAN
Adat ‘Makan Tahun’ ialah salah satu adat puak Kedayan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman dan masih lagi diamalkan hingga ke masa ini.
PUAK TUTONG
Adat pecah buluh dilakukan oleh pengantin lelaki sebelum majlis persandingan.
Dalam adat perkahwinan puak Tutong, adat ‘Basuh Batis’ ini diadakan selepas acara bersanding.
PUAK BELAIT
Adat berjarum-jarum atau adat ‘Membuka mulut’ bagi puak Belait akan membawa sebuah celapa (khusus bagi puak Belait di Bukit Sawat) atau dua tiga gantang beras (khusus bagi puak Belait di Kuala Balai).
PUAK DUSUN
Sewaktu majlis Persandingan mempelai akan duduk bersanding di atas gong.
PUAK BISAYA
PUAK MURUT
Adat perkahwinan puak Murut ada adat yang dikenali sebagai adat ‘Makan Malam’.
Okey hope nota ani dapat nulung pelajar-pelajar yang sedang mencari topik mengenai MIB. Nota ani insyallah dapat nulung. Topik sterusnya yang akan ku share ialah mengenai "ADAT MELAYU" . *sakit jari taip long-long :(
Tanpa membuang masa aku nak share apa yang pensyarah aku ajar. Nota pertama yang aku nak share ialah mengenai ADAT ISTIADAT MELAYU BRUNEI.
Sumber: Nota Pensyarah 99% dan myself 1% hehehe ... :D
ADAT ISTIADAT MELAYU BRUNEI
PENGERTIAN ISTIADAT
Pengertian istiadat ialah :
Adat kebiasaan, resam atau Upacara.
Dan dari kamus Dewan (M.S 7 : 2002) :
Adat Istiadat ialah berbagai-bagai Adat dan kebiasaan yang dituruti.
PENGERTIAN ADAT ISTIADAT :
Menurut Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan semasa bersabda dalam Kursus Wazir-wazir, Ceteria-ceteria, dan Manteri-manteri termasuk Menteri Pendalaman pada 22hb.Jun.1968 bahawa Adat atau Adat Istiadat atau Dalam Majlis Beristiadat sebagai indah laila iaitu kata misalan orang tua-tua kita dahulu adalah mengandung adab.
PENGERTIAN ADAT ISTIADAT:
Peraturan-peraturan hidup yang lazim dipakai sejak dahulu kala yang mengandungi adab.
FUNGSI ADAT ISTIADAT
Fungsi Adat Istiadat dalam pembangunan budaya bangsa itu adalah perkara yang utama dalam apa jua pergerakan budaya bangsa.
Adat Istiadat itu mempunyai peranan yang penting dan menjadi pengawal budaya bangsa.
FUNGSI ADAT ISTIADAT
- Adat Istiadat itu adalah termasuk dalam pengertian cabang kebudayaan bangsa, yang diperkembangkan bagi menuju satu identiti negara.
- Adat adalah merupakan susunan-susunan bagi mengatur kehidupan sehari-hari termasuklah kesukaan dan kedukaan, yang mana ia hendaklah sentiasa segar dan merupakan keperluan yang benar-benar dihajati dan dirasakan oleh masyarakat.
- Adat itu bukanlah sesuatu susunan yang terpisah dari masyarakat yang merupakan kongkongan yang perlu dimiliki.
FUNGSI ADAT ISTIADAT
Keseluruhan yang bercorak susunan-susunan yang berkait-kaitan dengan ilmu pengetahuan, kebudayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang dan lain-lain kebiasaan yang diamalkan, yang mana dilingkungi oleh kesanggupan dan keupayaan atau peraturan-peraturan yang mengawal kebaikan dan keburukan masyarakatnya yang tidak terkeluar dari dua unsur yang besar iaitu kemelayuan dan keagamaan.
KEPENTINGAN ADAT ISTIADAT :
Adat adalah sebagai satu cara hidup yang lengkap, baik apa jua tindak-tanduk kita lakukan hendaklah berlandaskan adat.
Sebagai contoh, Adat Istiadat Diraja berperanan penting sebagai adat negara sebagai mendukung falsafah Melayu Islam Beraja.
DASAR-DASAR PENENTUAN ADAT
- Adat-adat ini hendaklah yang asli, yang turun-temurun.
- Adat-adat itu hendaklah bersendikan agama.
- Adat-adat itu hendaklah disesuaikan dengan peredaran zaman dan kemajuan dari satu masa ke satu masa.
Hendaklah disesuaikan dengan kemampuan dan keadaan ekonomi.
Tiap-tiap majlis atau keramaian yang dianjurkan oleh kerajaan hendaklah disusun menurut Adat dengan bersendikan agama.
ADAT YANG KITA WARISI
Setiap puak di negara kita ini mempunyai adat mereka masing-masing. Setiap puak memegang dan menghormati adat yang mereka warisi dari keturunan-keturunan mereka.
Misalnya terdapat adat Dusun, adat Belait, adat Melayu, adat Murut dan sebagainya.
Adat-adat yang terdapat dari berbagai-bagai puak itu pula mengandungi beraneka ragam seperti adat kahwin, adat beranak(bersalin), adat menyambut hari keramaian perayaan, adat kematian dan lain-lain lagi.
Amalan adat yang puak-puak pakai dan hormati ternyata diwarisi dari asal usul puak itu sendiri sama ada original ataupun yang telah dicampuradukkan dan juga dari kepercayaan (Agama) yang mereka anuti.
Tetapi yang lebih menarik perhatian bahawa adat-adat yang dipakai, diamal dan dihormati oleh berbagai-bagai puak itu banyak mirip kepada apa yang mereka percayai atau dengan jelas kita katakan pengaruh agama adalah memainkan peranan yang paling utama dalam mengolah dan menyusun adat.
Dalam adat orang Melayu peranan agama atau pengaruh keimanan amat jelas mempengaruhi dengan mendalam proses peruntukan dan penyusunan serta pelaksanaannya.
ADAT PUAK JATI BRUNEI
PUAK MELAYU BRUNEI
Adat ‘berambil-ambilan’ diamalkan oleh puak Melayu Brunei.
Credit : Tuan Google |
PUAK KEDAYAN
Adat ‘Makan Tahun’ ialah salah satu adat puak Kedayan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman dan masih lagi diamalkan hingga ke masa ini.
Credit : Encik Google |
PUAK TUTONG
Adat pecah buluh dilakukan oleh pengantin lelaki sebelum majlis persandingan.
Dalam adat perkahwinan puak Tutong, adat ‘Basuh Batis’ ini diadakan selepas acara bersanding.
Credit : Abang Google |
PUAK BELAIT
Adat berjarum-jarum atau adat ‘Membuka mulut’ bagi puak Belait akan membawa sebuah celapa (khusus bagi puak Belait di Bukit Sawat) atau dua tiga gantang beras (khusus bagi puak Belait di Kuala Balai).
PUAK DUSUN
Sewaktu majlis Persandingan mempelai akan duduk bersanding di atas gong.
PUAK BISAYA
PUAK MURUT
Adat perkahwinan puak Murut ada adat yang dikenali sebagai adat ‘Makan Malam’.
Credit : Adik Google |
Okey hope nota ani dapat nulung pelajar-pelajar yang sedang mencari topik mengenai MIB. Nota ani insyallah dapat nulung. Topik sterusnya yang akan ku share ialah mengenai "ADAT MELAYU" . *sakit jari taip long-long :(
Subscribe to:
Posts (Atom)