SECTION

Tuesday, 19 February 2013

Rambutku macam pontianak


Aku berjalan dan terus berjalan di kegelapan malam, aku sudah terpisah dengan kawan-kawanku yang lain. Jalan nya aku tidak berapa pasti kerna baru pertama kali aku mejejaki tempat ini. Aku mencari kawan-kawanku yang lain mungkin mereka juga sedang mencariku. Berbekalkan lampu picit aku meredah semak samun, kerap kali aku terjatuh kerana jalannya licin. Aku sudah tidak sanggup lagi badanku habis digigit nyamuk. Suasana malam membuatkan tempat ini seram semacam. Aku mendengar bunyi cengkerik yang bising memecah kesunyian malam.

Aku berehat disebatang pokok dan tertidur. Aku terbangun apabila terdengar suara memanggil namaku. Suaranya mendayu- dayu di kegelapan malam. 'syaa.. syaa... syaa...'. Aku kuatkan hatiku dan sempat membaca surah-surah yang ku hapal. Aku berlari disemak samun aku berteriak apabila terasa rambut panjang ku ditarik-tarik. Aku teringat kata-kata kawanku bahawa rambut panjangku seumpama rambut pontibaby. Aku bertambah takut dan seram suara yang memangil namaku terus mendayu-dayu.

Semasa aku tengak syok berlari aku terlanggar kayu lalu terumban ketanah. Badanku sakit semua tetapi ku gagahku untuk berdiri tetapi tidak dapat. Aku terasa rambut ku sedang depermain oleh sesuatu benda. Ya Allah takutnya tuhan saja yang tahu. Aku membatukan diri kerna ketakutan yang amat sangat, badanku seperti dihempap oleh sesuatu yang berat dan menyukarkan ku untuk berdiri. Rambutku ditarik-tarik oleh tangan yang kasar dan seperti kana potong rambutku. Aku hanya mampu berdoa supaya diriku tidak diapa-apakan.

“Ya Allah anak bertuah!!!sakit badan kaka syaa mu to ko himpit a'”kata mamaku. Aku terbangun  dengan posisi tidurku meniarap. Ya Allah kenapa rambut ku ani, kau gunting??mari kau..”kataku dengan nada marah dan sedikit baibun. Rupa-rupanya aku bermimpi atu ada banarnya kerana semasa ku tidur anak buah ku yang berumur 3 tahun menghimpit aku dan menarik rambutku supaya aku bangun dari tidur. Dia juga turut mengunting rambutku dengan gunting. “yatah tu sapa suruh tidur time patang,rasakan tia rambut kana gunting”kata mamaku.


* this is my own article. no copycat okey :D . Tapi Article ani pernah ku share and publish tempat blog STENCIL because aku pernah tulis beberapa article disana.



No comments:

Post a Comment