SECTION

Tuesday 19 February 2013

ADAT ISTIADAT MELAYU BRUNEI

Assalamualaikum..


Tanpa membuang masa aku nak share apa yang pensyarah aku ajar. Nota pertama yang aku nak share ialah mengenai ADAT ISTIADAT MELAYU BRUNEI.

Sumber:  Nota Pensyarah 99% dan myself 1% hehehe ... :D





ADAT ISTIADAT MELAYU BRUNEI



PENGERTIAN ISTIADAT


Pengertian istiadat ialah :

Adat kebiasaan, resam atau Upacara.

Dan dari kamus Dewan (M.S 7 : 2002) :
Adat Istiadat ialah berbagai-bagai Adat dan kebiasaan yang dituruti.


PENGERTIAN ADAT ISTIADAT :


Menurut Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan semasa bersabda dalam Kursus Wazir-wazir, Ceteria-ceteria, dan Manteri-manteri termasuk Menteri Pendalaman pada 22hb.Jun.1968 bahawa Adat atau Adat Istiadat atau Dalam Majlis Beristiadat sebagai indah laila iaitu kata misalan orang tua-tua kita dahulu adalah mengandung adab.



PENGERTIAN ADAT ISTIADAT:
Peraturan-peraturan hidup yang lazim dipakai sejak dahulu kala yang mengandungi adab.


FUNGSI ADAT ISTIADAT

Fungsi Adat Istiadat dalam pembangunan budaya bangsa itu adalah perkara yang utama dalam apa jua pergerakan budaya bangsa.

Adat Istiadat itu mempunyai peranan yang penting dan menjadi pengawal budaya bangsa.

FUNGSI ADAT ISTIADAT


  • Adat Istiadat itu adalah termasuk dalam pengertian cabang kebudayaan bangsa, yang diperkembangkan bagi menuju satu identiti negara.
  • Adat adalah merupakan susunan-susunan bagi mengatur kehidupan sehari-hari termasuklah kesukaan dan kedukaan, yang mana ia hendaklah sentiasa segar dan merupakan keperluan yang benar-benar dihajati dan dirasakan oleh masyarakat.
  • Adat itu bukanlah sesuatu susunan yang terpisah dari masyarakat yang merupakan kongkongan yang perlu dimiliki.


FUNGSI ADAT ISTIADAT

Keseluruhan yang bercorak susunan-susunan yang berkait-kaitan dengan ilmu pengetahuan, kebudayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang dan lain-lain kebiasaan yang diamalkan, yang mana dilingkungi oleh kesanggupan dan keupayaan atau peraturan-peraturan yang mengawal kebaikan dan keburukan masyarakatnya yang tidak terkeluar dari dua unsur yang besar iaitu kemelayuan dan keagamaan.

KEPENTINGAN ADAT ISTIADAT :

Adat adalah sebagai satu cara hidup yang lengkap, baik apa jua tindak-tanduk kita lakukan hendaklah berlandaskan adat.
Sebagai contoh, Adat Istiadat Diraja berperanan penting sebagai adat negara sebagai mendukung falsafah Melayu Islam Beraja.

DASAR-DASAR PENENTUAN ADAT


  • Adat-adat ini hendaklah yang asli, yang turun-temurun.
  • Adat-adat itu hendaklah bersendikan agama.
  • Adat-adat itu hendaklah disesuaikan dengan peredaran zaman dan kemajuan dari satu masa ke satu masa.



Hendaklah disesuaikan dengan kemampuan dan keadaan ekonomi.
Tiap-tiap majlis atau keramaian yang dianjurkan oleh kerajaan hendaklah disusun menurut Adat dengan bersendikan agama.

ADAT YANG KITA WARISI

Setiap puak di negara kita ini mempunyai adat mereka masing-masing.  Setiap puak memegang dan menghormati adat yang mereka warisi dari keturunan-keturunan mereka.
Misalnya terdapat adat Dusun, adat Belait, adat Melayu, adat Murut dan sebagainya.

Adat-adat yang terdapat dari berbagai-bagai puak itu pula mengandungi beraneka ragam seperti adat kahwin, adat beranak(bersalin), adat menyambut hari keramaian perayaan, adat kematian dan lain-lain lagi.


Amalan adat yang puak-puak pakai dan hormati ternyata diwarisi dari asal usul puak itu sendiri sama ada original ataupun yang telah dicampuradukkan dan juga dari kepercayaan (Agama) yang mereka anuti.

Tetapi yang lebih menarik perhatian bahawa adat-adat yang dipakai, diamal dan dihormati oleh berbagai-bagai puak itu banyak mirip kepada apa yang mereka percayai atau dengan jelas kita katakan pengaruh agama adalah memainkan peranan yang paling utama dalam mengolah dan menyusun adat.


Dalam adat orang Melayu peranan agama atau pengaruh keimanan amat jelas mempengaruhi dengan mendalam proses peruntukan dan penyusunan serta pelaksanaannya.



ADAT  PUAK JATI BRUNEI


PUAK MELAYU BRUNEI

Adat ‘berambil-ambilan’ diamalkan oleh puak Melayu Brunei.

Credit : Tuan Google


PUAK KEDAYAN

Adat ‘Makan Tahun’ ialah salah satu adat puak Kedayan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman dan masih lagi diamalkan hingga ke masa ini.

Credit : Encik Google


PUAK TUTONG 

Adat pecah buluh dilakukan oleh pengantin lelaki sebelum majlis persandingan.

Dalam adat perkahwinan puak Tutong, adat ‘Basuh Batis’ ini diadakan selepas acara bersanding.

Credit : Abang Google


PUAK BELAIT

Adat berjarum-jarum atau adat ‘Membuka mulut’ bagi puak Belait akan membawa sebuah celapa (khusus bagi puak Belait di Bukit Sawat) atau dua tiga gantang beras (khusus bagi puak Belait di Kuala Balai).


PUAK DUSUN

Sewaktu majlis Persandingan mempelai akan duduk bersanding di atas gong.


PUAK BISAYA


PUAK MURUT

Adat perkahwinan puak Murut ada adat yang dikenali sebagai adat ‘Makan Malam’.

Credit : Adik Google



Okey hope nota ani dapat nulung pelajar-pelajar yang sedang mencari topik mengenai MIB. Nota ani  insyallah dapat nulung. Topik sterusnya yang akan ku share ialah mengenai "ADAT MELAYU" . *sakit jari taip long-long :(







18 comments:

  1. salam awak, saya daripada malaysia jadi saya nak tahu majoriti puak dekat negara brunei puak apa? saya tengah kumpulkan maklumat untuk siapkan folio warisan negara asean jadi saya berharap awak boleh bantu saya.Terima kasih ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam. If not mistaken, puak paling ramai ialah puak melayu brunei dan puak melayu kedayan.

      Delete
  2. Bejasa ni kita ani, mudahan di berkati tuhan amin..

    ReplyDelete
  3. Its really useful for my presentation , syukran

    ReplyDelete
  4. boleh tahu sumber rujukan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf, semua dari nota cikgu saya.

      Delete
  5. Terima kasih atas pengetahuan tersebut

    ReplyDelete
  6. Apa perbezaan antara jarum-jarum ,merisik dan besuruh?

    ReplyDelete
  7. Yg duduk atas gong atu, ada gmbrnya?

    ReplyDelete
  8. Adat bisaya atu ada kh sma gambarnya untuk projek mib

    ReplyDelete
  9. apa adat perkahwinan puak dusun?

    ReplyDelete
  10. APA adat perkhawinan puak dusun?

    ReplyDelete
  11. APA adat perkhawinan puak dusun?

    ReplyDelete
  12. thank you so much :) really helpful for my mib presentation....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same, aku hrini present hahaha... Bru jua kan meresearch nyamu. Pakal ada internet tuk memudahkan

      Delete
  13. Alhamdullillah...cr8 for ur info ...(si baju miah yg menyiram kaki atu offshor sdah ya)hehheheheh

    ReplyDelete