SECTION

Monday 18 March 2013

HANTU PURDAH(Kisah benar)

Disini aku ingin mengongsikan cerita seram tentang Hantu Purdah. Wallahu'alam..Kisah benar ni dikongsikan semasa aku sama ibu ku sedang berbual-bual.

Hantu Purdah ani heboh di kampung ibu (dirahsiakan nama kampung) ku masa zaman 90'an. Masa atu ada seorang wanita meninggal dunia dan menurut orang mayatnya inda diterima bumi. Orang inda tahu kenapa hal itu boleh terjadi wanita ini nampaknya seorang yang alim.

Berbalik kepada cerita, semasa atu ramai orang terkena gangguan wanita ani. Inda kira malam atau siang ia menganggu..Ada pula yang pernah ternampak wanita ani berjalan2 di kawasan kubur dengan memakai pakaian gamis serta purdah bewarna hitam.

Masa atu semua orang2 kampung inda berani keluar. Salah satu daripada saudara ibu ku di terkena. Pada masa atu saudara ibuku di rumah seorang, sekali pintu nya di ketuk dengan kencang. Dia berasa sangat takut tapi dengan berbekalkan iman dan tawakal dan sedikit idea dia tidak terus membuka pintu. Dia menyelitkan cermin di bawah pintu untuk melihat siapa sebenarnya berada di luar. Subhanallah!! Ia terkejut kerana melihat wanita berpurdah itu. Dia membaca ayat2 suci Al-Quran, surah Qursi serta melaungkan Allahu Akbar.

Alhamdulillah benda itu pun hilang. Setelah keesokan harinya , seorang lagi saudara ibu ku terkena gangguan ini. Kali ini dia menyamar sebagai wanita biasa. Dia mengetuk pintu serta memberi salam. Sangkaan saudara ibuku dia manusia biasa yang ingin berhajatkan sesuatu. Dia menjemput nya masuk ke dalam. Setelah duduk dan ingin memulakan pembicaraan wajah wanita ini bertukar memakai purdah lengkap pakaiannya. Saudara ibuku mula takut dan sudah mula berkejaran badannya..Wanita itu membuka purdahnya dan melihatkan mukanya yang teramat buruk dan berbau busuk.Dia menghampiri saudara ibu ku..Saudara ibuku tergamam dan kaku lalu pengsan.

Saudara ibuku telah diubati oleh seorang yang pandai dalam hal ini. Saudara ibuku tidak apa2 hanya lemah dan lesu. Selama beberapa hari hal itu berlanjutan. Lalu seluruh kampung menyarankan untuk melakukan solat hajat dan mengaji agar gangguan itu tidak terjadi lagi. Alhamdulillah setelah itu gangguan wanita bepurdah itu lenyap.Keadaan kampung kembali aman.

Wallahu'alam. Segala yang baik itu datangnya dari Allah juga. .


via Noumi .

1 comment:

  1. Betway Casino Resort, Montville, USA - Mapyro
    Welcome to 김해 출장샵 Betway Casino Resort, the 여수 출장안마 ultimate sportsbook 광주광역 출장마사지 destination with slots, table games, video poker and plenty of other fun! Click here 시흥 출장샵 for a list of 오산 출장안마 casinos

    ReplyDelete