SECTION

Thursday 30 June 2016

BUKU PERTUTURAN 3

Buku pertuturan III Brunei ini dterbitkan pada tahun 1994 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.  Buku ini disusun oleh Suhaili Bin Haji Hassan, Simat Bin Angas, Pg.Johani Bin Haji Pungut dan Haji Ismail Bin ibrahim. Manakala penutur cerita-cerita yang terdapat didalam buku ini ialah Awang Loyak Bin Majid, Awang Haji Damit, Awang Haji Samsu Bin Tuah dan Awang Haji Samsuddin Bin Laki. Buku ini memuatkan 15 buat cerita dan sebanyak 157 muka surat. Cerita yang terkandung didalam buku ini ialah Si Pamatik Api, Sahabat Baik, Si Pendek, Saudagar yang jujur, Si Miskin, Awang Si Ambuk, Anak Raja menuntut Ilmu, Asmara Yatim, Puteri Ikan, Harta Karun, Si Hassan, Labu Mas, Mencari Akal dan Jambu Si Timba Hidup.  Cerita ini dituturkan oleh orang tua – tua di masa dahulu. Ianya merupakan cerita-cerita rakyat dan penglipur lara, sebahagian besarnya merupakan cerita dongeng. Cerita-cerita ini juga adalah rekaan semata-mata, adakalanya urutan dari satu kejadian kecil yang menarik dan sesuai dijadikan satu dongengan . Keasliannya Cerita ini sering tergugat kerana ianya disebarkan dari mulut kemulut  dan sering ditokoh tambah jalan ceritanya supaya lebih menarik.. Sesetengah cerita ada yang tidak  boleh diterima oleh akal contohnya cerita mengenai kayangan, ilmu sakti dan macam-macam lagi.  Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada 3 cerita pertuturan iaitu Timba Si Timba Hidup, Awang Si Ambuk dan Mencari Akal.

JAMBU SI TIMBA HIDUP

Mengisahkan tentang sebuah keluarga yang miskin yang belum mempunyai anak . Dengan kekuasaan Allah isterinya pun mengandung. Ketika mengandung isterinya sakit perut dan mengidam telur ikan. Tidak lama kemudian , isterinya melahirkan seorang anak lelaki. Sesudah anaknya besar si Suami masih belum memberikan nama kepada anaknya. Bila anaknya berusia 10 tahun, ia berminat untuk belajar mangaji di surau. Tetapi ibu-bapanya tidak mampu untuk memberi saguhati yang diminta untuk guru mengaji. Anaknya mendapat akal untuk memberikan buah jambu. Anak itu pun diterima belajar tetapi apabila ditanya namanya, dia mengatakan dia tidak bernama. Guru itu memberikan namanya Jambu Si Timba Hidup. Semasa disuruh menaiki pohon kelapa oleh gurunya, JSTH terjatuh dan ghaib. Jambu Si Timba Hidup disangkakan hilang dan mati. Jambu Si Timba Hidup sebenarnya telah diterbang ke negara Arab oleh seorang Arab tua. Disana dia tinggal bersama ibu-bapa angkat dan mengaji Al-Quran dengan seorang guru Arab yang alim.  Jambu Si Timba Hidup telah diajar mengaji Al-Quran didalam mimpi oleh orang tua yang menyelamatkannya. Dia menjadi guru mangaji disana kerana kepandaiannya. Setelah beberapa lama kemudian, Jambu Si Timba Hidup ingin balik kerana rindukan ibu-bapanya. Ibu-bapanya menyangka Jambu Si Timba Hidup telah mati dan berita kepulangannya telah megemparkan penduduk kampung. Jambu Si Timba Hidup dilantik menjadi guru mengaji Al- Quran dan menjadi tekenal, alim dan dihormati oleh masyarakat.

GAMBARAN MASYARAKAT DALAM JAMBU SI TIMBA HIDUP

Dari Segi Ekonomi, mereka merupakan orang yang miskin , tetapi apabila lahir anaknya kehidupan mereka berubah menjadi senang. Perkerjaan pada masa itu hanya sebagai seorang Nelayan. Adanya gambaran masyarakat berjual –jual contohnya menjual ikan di pasar sebagai sumber rezeki mereka. Dari segi Agama, masyarakat pada masa itu beragama Islam contohnya adanya kegiantan mengaji Alquran di surau. Contoh lagi ucapan salam kepada guru mengaji. Seperti :

“ Assalammualaikum tuan guru,.” (m.s174)

Dari segi pendidikan, Anaknya belajar mengaji di surau . (m.s 171). Jambu Si Timba Hidup mengaji pada seorang guru Arab yang alim dan dia juga mengaji dalam mimpi. Jambu Si Timba Hidup tidak lokek ilmu utntuk berkongsi ilmu yang depelajarinya. Oleh kerana kepandaianya mengaji dia disuruh menjadi guru. Cerita ini juga mendidik berupa Sindiran dan peringatan kpada ibu-bapa untuk menamakan  anak mereka apabila lahir dan mendidik dengan baik terutama ilmu agama. Dalam cerita ini jua adanya gambaran masyarakat berjiran Contohnya, apabila isterinya melahirkan , mereka bersedekah kepada jiran-jiran sebelah rumah mereka. Adanya amalan sedekah atau sagu hati. Contohnya Memberi sedekah kepada guru mengaji. Gambaran dari segi perubatan adanya Bidan untuk mengurut perut isteri nelayan yang hendak bersalin.  


 AWANG SI AMBUK

Mengisahkan mengenai Raja yang mempunyai 7 orang isteri tetapi tidak dapat melahirkn zuriat. Dengan pertolongan gergasi, enam dari tujuh isterinya melahirkan putera masing-masing. Tidak lama kemudian Puteri bungsu melahirkan seekor anak berupa ambuk.
Awang Si Ambuk dan puteri Bungsu telah dipulaukan oleh Raja dan permaisurinya yang lain dan dibuang ke sebuah tempat yng sunyi. Hiduplah mereka anak beranak sehingga ASA besar dan berkawan dengan Awang Si Amit iaitu abangnya yg ke-6 .
Tidak lama kemudian, Raja pun jatuh sakit kerana mimpikan seorang puteri. Awang Si Ambuk telah diajak oleh abang-abangnya yang lain untuk mencari pueri yang tinggal di pusar air atas perintah raja. Dengan bantuan Awang Si Ambuk abang – abangnya telah dapat diselamatkan dari pelbagai malapetaka yang berlaku sepanjang pelayaaran itu.  Puteri itu berjaya ditemui oleh Awang Si Ambuk kerana puteri itu merupakan saudaranya. Diakhir cerita, pasangan gergasi telah menuntut janjinya , Awang Si Ambuk pun diserahkan kepada mereka.

GAMBARAN MASYARAKAT DALAM AWANG SI AMBUK

Gambaran masyarakat yang didapati dalam cerita ini ialah adalah salah satunya ialah poligami. Raja mempunyai 7 orang isteri. Apabila isterinya tidak dapat memberikan zuriat Raja pun kahwin lagi. Tolong- menolong, Gergasi menolong memberi ubat beranak kepada Raja suapay isteri-isterinya dapat melahirkan zuriat untuk raja.  Conoth totlong-menolong lain ialah Awang Si Ambuk menolong abang- abangnya mencari tuan puteri yang disuruh oleh raja. Dari segi ekonomi , bercucuk – tanam dan membuat perahu. Contohnya , Awang Si Ambuk menanam pisang, gelagah, ubi, keladi dan sebagainya. Gambaran masyarakat yang  bersikap tamak contohnya, Keenam isteri raja memakan belangkas tidak meninggalkan puteri bungsu walaupun sudah di pesan oleh raja supaya diberi sama rata. Seterusnya, ikatan bersaudara seperti ikatan Adik-beradik tidak akan putus walaupun beradikan seekor ambuk. Pilih kasih , Raja lebih sayangkan anaknya yang sulung daripada anaknya yang bungsu. Seterusnya menetapi janji dan tidak menepati janji. Contoh menetapi janji,  Raja berjanji siapa-siapa yang bolih mengubatinyanya akan diberikan anaknya yang bungsu. Pasangan gergasi telah menuntut janji dan  ASA diserahkan kepada mereka. Contoh tidak menepati janji, Raja berjanji siapa-siapa yang berjaya membawa puteri di dasar laut balik akan dilantik menjadi raja seterusnya. Awang Si Ambuk berjaya membawa balik pteri tersebut tetapi Awang Si Ambuk tidak menjdi Raja. Dari segi perubatan, adanya Bidan untuk membantu semasa beranak dan adanya Dukun dan ahli nujum untuk mengubati sakit raja. Akhir sekali , adanya gamabran kepimpinan Raja contohnya, Raja mengumpulkan pembesar-pembesar meminta pandangan emengenai anaknya Seekor ambuk.

MENCARI AKAL

Mengisah mengenai pasangan yang dipanggil si Kebayan . Mereka tidak mempunyai anak. Dengan kebesaran Tuhan Si kebayan bini pun mengandung dan genap 9 bulan lahirlah seorang anak leleaki yang diberi nama Syukur. Genap umurnya 10 tahun syukur di suruh mengembara oleh ayahnya mencari akal kerana anaknya bersikap tidur makan saja setiap hari. Setelah berbulan-bulan mengembara , ayahnya jatuh sakit dan meninggal dunia. Semasa dalam pengembaraan, Syukur telah menyelamatkan 3 ekor binatang iaitu kuyuk, kucing dan juga tikus dari dibunuh oleh tuan mereka. Ketiga- tiga ekor binatang itu seperti adik beradik dan tidak pernah berkelahi. Tidak lama selepas itu, Syukur pulang membawa ketiga binatangnya. Ibunya menyuruh ketiga binatang itu mencari cincin pusaka mereka yang telah diambil oleh orang Arab senagai bukti mereka berjasa kepada anaknya Syukur yang menyelamatkan mereka dari dibunuh. Dengan kecerdikan ketiga binatang itu, mereka pun berjaya memperolehi  cincin itu dan dibawa pulang. Cerita ini mengunakan medium binatang sebagai gambaran masyarakat.

GAMBARAN MASYARAKAT DALAM MENCARI AKAL

Dari segi eknonomi, adanya kegiatan Petani bercucuk tanam sebagai perkerjaan harian. Dari segi pendidikan ianya mendidik kita untuk bersikap Belas kasihan. Contohnya, Syukur sangup membeli binatang yang hendak dibunuh walaupun bekalannya sedikit. Seterusnya Mencari Ilmu iaitu Gambaran masyarakat dulu yang suka merantau mencari ilmu. Cerita ini juga mengajar untuk berdikari, contohnya Syukur merantau seorang diri mencari ilmu. Dan lagi bersikap Bersatu padu , berkerjasama dan Taat setia contohnya Ketiga-tiga ekor binatang peliharaan Syukur bersama-sama mencari cincin pusaka tuannya dan Syukur taat kepada suruhan bapanya untuk pergi mecari ‘AKAL’. Dari segi perubatan, masyarakat yang percaya dukun. untuk menyembuhkan penyakit. Dan Bidan.

KESIMPULAN

Berkembangnya arus kemodenan pada masa sekarang cerita penuturan ini sudah semakin pupus – tidak berfungsi lagi. Cerita pertuturan ini bukan saja berfungsi untuk menghiburkan, mendidik, memberi pengajaran, sindiran dan teguran tetapi juga terdapat larangan-larangan pada masa dahulu. Cerita-cerita lama ini patut dikekalkan dan adanya inisiatif dari pihak-pihak tertentu untuk membawa cerita-cerita yang bernilai ini keperingkat seterusnya .










No comments:

Post a Comment