SECTION

Saturday 25 June 2016

MISTERI KAPAL BURUK - KARYA AK METUSSIN

Sastera kanak-kanak dan remaja berfungsi sebagai alat untuk proses pembentukan pemikiran, emosi, imaginasi dan keperibadian seseorang. Didalam buku Misteri kapal buruk hasil karya Ak Metussin Bin Pg Haji Mohd Daud ini mengandungi mesej yang bersifat informative, mendidik, memperkaya pengalaman dan pengetahuan para pembaca. Buku ini mendedahkan para pembaca dengan pengalaman menghadapi masa-masa cemas dan juga bahaya. Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1990. Merupakan novel remaja pertama karya Ak Metussin.

Sinopsis ringkas Misteri Kapal buruk ialah mengenai kisah perkemahan 5 sekawan iaitu Mohammad Fakri, Awangku Haji Irwan, Fadli, Fatimah dan Aman. Semasa berkhemah mereka menjumpai sebuah kapal buruk yang mencurigakan. Malamnya mereka diganggu oleh pontianak dan menyebabkan mereka berputus asa untuk menyiasat dengan lebih mendalam mengenai kapal tersebut. Kepintaran Fatimah menyelesaikan penipuan pontianak itu yang sebenarnya merupakan seorang manusia yang cuba menakut-nakutkan mereka. Rupa-rupanya kapal tersebut merupakan tempat penyembunyian barang-barang rompakan oleh perompak. Mereka melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan akhirnya tertangkaplah perompak-perompak berkenaan.

Didalam buku cerita ini sering kali penulis mengunakan teknik imbas kembali melalui watak utama iaitu Aman. Aman mengimbas kembali peristiwa-peristiwa lalu yang mengajarnya supaya berhati-hati. Contohnya Aman teringkat peristiwa kanak-kanak nakal yang selalu bergurau dan nakal semasa dalam bas. Suatu hari budak itu mati kerana badannya termasuk ke bahagian badan bawah bas dan kepalanya pecah. Oleh sebab ini, Aman selalu berhati-hati dan juga tidak bergurau sewaktu dalam bas atau kereta. Contoh seterusnya Aman teringat peristiwa dua orang budak mati lemas walaupun keduanya pandai berenang.  Oleh itu, Aman selalu berhati-hati dan tidak mahu berenang ke laut melainkan hanya berenang dipersisiran pantai sahaja.

Seterusnya buku cerita ini banyak menberi pengetahuan kepada para pembaca seperti memakan buah-buahan adalah sikap yang baik selepas makan. Buah yang paling bagus ialah epal dan buah epal boleh membersihkan gigi daripada bekas makanan yang melekat di celah-celah gigi(m.s 13). Sikap amanah seperti Nabi Muhammad s.a.w patut dicontohi. (m.s 26). Semasa berkhemah hendaklah membawa tilam getah yang boleh dimasukkan angin kerana senang dibawa dan ringan(m.s 26). Fakri mengorek parit disekeliling khemah mereka. Tujuannya kalau hujan turun nanti air hujan dan air yang berada di atas tanah tidak masuk ke dalam khemah. (m.s 24). Dan lagi, Fadli menaruh tali disekeliling khemah mereka. “ Bila ada orang hendak menganggu kita sudah tentu terlanggar tali ini. Di hujung tali ini kita simpan bekas-bekas tin. Tin-tin ini akan berbunyi” (M.S 24). Oleh itu, buku ini sesuai untuk menjadi bahan bacaan bagi kanak-kanak mahupun remaja.

Dari segi budaya yang dipaparkan dalam buku cerita ini adalah perempuan duduk kalau tidak bersimpuh dianggap tidak manis (m.s14). Berikutnya dalam buku cerita ini juga adanya batasan hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Contohnya, Aman tidak berani untuk menyarungkan selimut apabila melihat Fatimah tidur kesejukan lalu Aman menyuruh adik Fatimah iaitu Fadli untuk menyarungkan selimutnya.
Nilai – nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ada banyak seperti baik hati. Contohnya, Fatimah menolong orang tua menyeberangi jalan raya(m.s 7). Prihatin, contohnya, Bapa Fadli memeriksa keadaan sekeliling tempat perkhemahan mereka, ditakuti adanya bahaya. Keberanian, contohnya, meraka berani menyiasat kapal misteri tersebut walaupun kapal tersebut mencurigakan dan Aman mebaling kayu berapi ke arah lembaga yang berkain putih (m.s 30). Seterusnya, kebersihan. Contohnya, sampah dikutip dan dihimpunkan dalam bekas dan lubang dikorek untuk pembuangan sampah kemudian ditimbus.(m.s 13). Amanah, contohnya Aman tetap berjaga diluar khemah berseorangan walaupun matanya hampir terlelap. Bersatu padu. Contohnya, meraka berlima menyiasat bersama-sama kapal buruk itu walaupun sudah diberi amaran. Selanjutnya, cepat dan tangkas iaitu tindakan pihak polis setelah mendapat laporan berserta bukti, mereka bergegas untuk membuat serbuan. Pintar, contohnya Fatimah membongkar rahsia pontianak itu sebenarnya manusia yang ingin menakutkan mereka kerna terdapat bukti iaitu tapak kaki manusia dikawasan pontianak itu berada. Bertimbang rasa contohnya mereka tidak membangunkan Fatimah ketika pontianak menganggu mereka kerana Fatimah seorang yang penakut. Didalam buku cerita ini jugak adanya terselit nilai agama
Seperti sembahyang Maghrib walaupun mereka pada masa itu sedang berkhemah dan mereka berdoa semoga sentiasa selamat dalam perkhemahan itu.

Selain daripada nilai-nilai murni ada juga terkandung sifat-sifat negatif seperti menakut-nakutkan. Contohnya, salah seorang perompak cuba menakutkan meraka dengan menyamar sebagai pontianak supaya mereka pergi dari tempat tersebut. Setreusnya, merompak atau mencuri merupakan
perkerjaan yang tidak baik untuk mendapatkan keuntungan. Sifat menipu, contohnya
perompak cuba menipu meraka dengan mengatakan tempat tersebut adanya pontianak.
Dan Berputus asa, contohnya kerana kejadian pontianak menganggu mereka, mereka membatalkan rancangan menyiasat kapal misteri tersebut. Kesimpulannya, bahan bacaan kanak-kanak dan remaja bukan sahaja mengandungi nilai-nilai murni tetapi ada juga sifat negetif yang ditonjolkan. Sifat negatif hendaklah tidak diikut oleh para pembaca.

Pengajaran yang didapati dalam cerita ini ialah kita hendaklah sentiasa menurut perintah ketua, kita seharusnya tolong-menolong diantara satu dengan yang lain, membuat kerja tidak boleh main-main nanti kerja yang dibuat tidak siap dan sempurna. Seterusnya, jangan mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali, perkerjaan yang tidak baik akan merugikn diri sendiri dan kita hendaklah menjauhi perkara yang membahayakan nyawa kita.

Kesimpulannya, melakukan perkerjaan yang tidak baik akan terbongkar akhirnya seperti kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.  Manakala, sesuatu perbuatan yang baik akan mendapat balasan seperti diberikan penghargaan. Didalam buku ini juga menyemaikan nilai-nilai moral yang kukuh dan sikap-sikap positif yang boleh didapati dalam watak cerita. Misteri Kapal Buruk memberi inspirasi kepada para kanak-kanak dan remaja untuk mencuba sesuatu yang mencabar dan berdikari seperti berkhemah. Buku ini juga memberi semangat kepada kanak kanak untuk berbakti kepada masyarakat dan negara.


RUJUKAN

Ak Metussin. (1990) Misteri Kapal Buruk. Brunei Darussalam. Dewan bahasa dan pustaka.


Http://rujuknota.blogspot.com/2012/12/fungsi-sastera-kanak-kanak-dan-remaja.html



Penulis: Cocoberry8 , untuk tugasan kuliah.

No comments:

Post a Comment